Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Seribu Tahun versi Jaz Hayat

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 30, 2023
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran Brunei, Jaz Hayat sekali lagi menggemparkan muzik industri dengan single baharunya berjudul Seribu Tahun yang merupakan lagu saduran daripada penyanyi asal Imran Ajmain terkenal pada tahun 2017.

Sentuhan istimewa daripada komposer Taufik Batisah dan penerbit lagu, Seek melahirkan elemen lebih segar dan terkini.

Berkongsikan perjalanan pemilihan lagu Seribu Tahun itu sebagai single terbaharunya, Jaz akui pada awalnya, dia hanya memuat naik satu hantaran sebagai kandungan atas talian menggunakan lagu Seribu Tahun di Instagram.

Ternyata, reaksi positif peminat segara tidak sengaja terbuka hati untuk menyanyikan semula lagu tersebut dengan gaya tersendiri.

Hasrat itu berjaya direalisasikan dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran keluaran single baru tahun ini.

Baca juga: Yuka Karisma yakin kemampuan Alha Alfa, Zara Zya dalam Cinta Agung

Baca juga: Diaspora nostalgia UK’s, Slam atas satu pentas

Lagu itu membawa makna istimewa buat Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya. Jaz yang berasa teruja dengan keluaran lagu ini agar peminat boleh mengaitkan pengalaman yang pernah dilalui oleh masing-masing.

“Menurut Jaz lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar,” kongsi Jaz mengenai keistimewaan lagu itu.

Seribu Tahun saduran penyanyi asal Imran Ajmain, menjadi single baru Jaz Hayat.

Melodi indah dan genre balada lagu itu telah kembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulungnya Dari Mata. Hal ini sekaligus membantu Jaz dalam menyampaikan karya ini dengan baik.

Seribu Tahun telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia dan tersenarai di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

Bagi peminat yang ingin mendengarkan lagu Seribu Tahun boleh memuat turun di iTunes dan inikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. 

Untuk info, Jaz telah keluarkan single Bersamamu pada Jun lalu dan telah berjaya dimasukkan ke dalam Spotify Viral Global 50 dan viral di sosial media TikTok. — Arena Muzik

Tags: seribu tahun
Previous Post

Yuka Karisma yakin kemampuan Alha Alfa, Zara Zya dalam Cinta Agung

Next Post

Shaa kembali mempetaruhkan Kau Bukan Milikku

Next Post

Shaa kembali mempetaruhkan Kau Bukan Milikku

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.