Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Gabungan 2 datuk dalam Konsert Sifu dan Aku

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 25, 2023
in Berita
0
16
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

DUA lagenda muzik nusantara, Datuk M.Nasir dan Datuk Hattan, bakal berkongsi pentas dan menggegarkan peminat Sabah dalam Konsert Sifu Dan Aku di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari depan.

Konsert ini merupakan gabungan pertama yang menampilkan dua figura hebat itu dalam industri hiburan selain sudah sudah lebih tiga dekad bergelumang dalam industri hiburan.

M.Nasir yang popular dengan panggilan sifu, merupakan anak seni yang hebat bukan hanya berpengaruh sebagai penyanyi, tetapi turut aktif bergiat aktif sebagai pencipta lagu dan penerbit yang banyak menghasilkan timbunan karya ikonik dalam dunia muzik Nusantara.

“Selepas sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami berada di satu pentas yang penonton akan melihat terbuktinya kombinasi kami. Saya pasti peminat di Sabah menantikan konsert ini,” kata M.Nasir.

Baca juga: Letto bawa nuansa gamelan atas pentas

Baca juga: 12 lagu bakal berentap di AJL38

Sementara itu, Hattan, yang boleh diklasifikasikan sebagai salah seorang murid beliau, pula tidak kurang hebatnya apabila beliau sendiri sehingga ke hari ini aktif dalam bidang nyanyian, selain kerap muncul bergandingan dengan barisan bintang ‘pucuk muda’.

Kedua-dua seniman itu akan menyajikan persembahan memukau di samping untaian lagu nostalgia yang bakal menuai memori indah.

“Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu memori indah untuk karier seni saya kerana kita satu pentas bersama di dalam satu konsert yang ditujukan khas Sifu Dan Aku. Jadi, pada malam itu kami menyanyikan semua lagu hit,” ujar Hattan.

Konsert Sifu Dan Aku mencatat keunikan dan istimewa kerana bukan sahaja menampilkan dua seniman yang berbakat, tetapi juga menunjukkan hubungan yang erat antara ‘guru bersama murid’.

M. Nasir dan Hattan bakal berkongsi pentas untuk konsert Sifu dan Aku tahu depan.

Konsert ini juga adalah satu penghargaan kepada peminat di Sabah yang sentiasa memberi sokongan dan jarang mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan dua legenda ini secara langsung.

Konsert Sifu Dan Aku ini dianjurkan oleh Ochee Purnama dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions serta Angkatan Hebat Group.

Tiket konsert boleh didapati di lassotickets.com pada harga RM988, RM488, RM388, RM288 dan RM188. — Arena Muzik

Previous Post

Letto bawa nuansa gamelan atas pentas

Next Post

Wali Band, Fadhilah Intan gegar pentas Pulau Pinang

Next Post

Wali Band, Fadhilah Intan gegar pentas Pulau Pinang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.