Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Letto bawa nuansa gamelan atas pentas

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 23, 2023
in Berita
0
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN Letto yang berasal dari negara republik, Indonesia bakal menemui peminat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan di Zepp Kuala Lumpur.

Kehadiran Letto kali ini menarik perhatian umum kerana bukan sahaja mereka yang hadir membuat persembahan, tetapi band itu turut bawa bersama kumpulan pemuzik gamelan bagi mengiringi persembahan mereka di konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur 

Kumpulan pop rock Indonesia itu terdiri daripada Noe (vokalis utama), Dhedot (drum), Arian (pemain bes) dan Patub (pemain gitar) terkenal dengan lagu popular mereka seperti Sandaran Hati, Ruang Rindu, Sebelum Cahaya dan Lubang Dihati.

Baca juga: 12 lagu bakal berentap di AJL38

Baca juga: Selena Gomez bakal lancar album baharu

Letto membuatkan peminat begitu teruja akan kehadiran mereka yang bakal mengembalikan nostalgia buat semua semenjak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2005.

Ditubuhkan sejak 2004 ini secara tidak langsung telah menjadi siulan ramai sejak album pertama mereka Truth, Cry and Lie pada 2005 dilancarkan sekali gus membuktikan hasil nukilan kumpulan Letto masih dianggap relevan dan diterima oleh masyarakat sehingga kini.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket bermula dari RM159 (Permintaan Hati), RM179 (Ruang Rindu), RM249 (Sebelum Cahaya), RM299 (Senyumanmu), RM4000 (VIP Box) serta RM150 (Meet & Greet) boleh didapati di www.ticket2u.com.my. — Arena Muzik

Previous Post

Mahalini luah ‘Sisa Rasa’ di Mega Star Arena Februari depan

Next Post

Gabungan 2 datuk dalam Konsert Sifu dan Aku

Next Post

Gabungan 2 datuk dalam Konsert Sifu dan Aku

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.