Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Tiket ‘laku keras’ D’Masiv sekali lagi buat konsert di Kuala Lumpur Februari depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 17, 2023
in Berita
0
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN pop rock sensasi Indonesia, D’Masiv, bakal mengubat kerinduan peminat menerusi Konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari depan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.


Ditubuhkan pada 2003, kumpulan tersebut menjadi antara yang paling digemari dan diminati, bukan saja di negara Republik berkenaan malah turut menjadi pujaan di negara Asia Tenggara.

Biarpun baru saja selesai membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur (ZeppKL) pada 2 Jun lalu, D’Masiv enggan membiarkan peminat mereka menunggu lama untuk menyaksikan persembahan hebat mereka sekali lagi.

Baca juga: Trauma sejarah lama berulang kembali punca Ziana Zain pilih ‘darah daging’ sendiri

Baca juga: Siti Nurhaliza menang 2 anugerah di The Knights Award 2023

Lagu Cinta Ini Membunuhku bukan sahaja menjadi single hit mereka, tetapi sehingga ke hari ini masih menjadi siulan dalam kalangan peminat meskipun diterbitkan pada 2008.

Hal itu secara tidak langsung membuktikan D’Masiv merupakan sebuah band yang berpengaruh dan memiliki kelompok peminat tersendiri.

D’Masiv tampil Konsert Cinta Sampai Kuala Lumpur di Mega Star Arena pada 4 Februari depan.

Ifix Entertainment dan Panggung Asia selalu penganjur mengharapkan agar peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan kumpulan berkenaan.

Tiket konsert boleh didapati di www.tapauIx.asia, bermula pada harga RM139 (Cat 3), RM159 (Cat 1) dan RM199 (Cat 2). — Arena Muzik

Previous Post

Nike Ardilla, Melly Goeslow bersatu dalam Kembali Bertemu

Next Post

Ed Sheeran gegar SNBJ 24 Februari depan

Next Post

Ed Sheeran gegar SNBJ 24 Februari depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.