Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Syukur kesihatan makin stabil, Zamani teruja kongsi pentas dengan UK’s

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 15, 2023
in Berita
0
Foto: Akhbar Zayn

Foto: Akhbar Zayn

53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

VOKALIS utama kumpulan Slam, Zamani Ibrahim kelihatan sangat ceria dan semakin sihat hadir ke sidang media ‘Concert UK’SLAM Musical’ di The Garage KL, Selasa lalu.

Selain keterujaan menantikan ‘hari bahagia’ apabila kumpulan Slam bakal disatukan dengan UK’s dalam sebuah konsert yang bakal berlansung pada Februari depan, Zamani turut berkongsi tentang tahap kesihatannya.

Pelantun lagu Gerimis Mengundang itu memaklumkan bahawa tahap kesihatan dirinya kini dilaporkan bertambah baik sekali gus membuatkan dirinya berasa bersemangat untuk menghiburkan peminat semula.

Kelunakkan suara Zamani menggamit kembali kenangan ketika zaman 1990-an, apabila kumpulan Slam di mana dianggap sebagai satu entiti dalam menyampaikan muzik dengan melodi melankoli dan menangkap jiwa.

Antara lagu yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Kembali Terjalin, Tak Mungkin Ku Berpaling, Jika kau Rasa Getarnya, dan Malamku Kesiangan.

Baca juga: Rhoma Irama cadang dangdut dapat pengiktirafan UNESCO

Baca juga: The Killers pamer gaya retro dalam Spirit

Penyanyi 52 tahun itu turut meluahkan rasa syukur mahu memberikan satu lembaran baharu menerusi gabungan idea hebat daripada dua kumpulan yang mencipta sejarah dalam industri muzik.

“Harapan saya sangat besar untuk konsert gabungan ini kerana jika ianya berjaya maka karier seni kami juga dapat diteruskan lagi,

“Teruskan menyokong kami supaya karya kami masih kekal relevan dan tidak ditenggelami zaman,” ujar yang gembira selepas berjaya menjalani pembedahan tulang belakang pada tahun 2022.

Kumpulan Slam yang dikenali dengan lagu yang sentiasa menjadi pilihan halwa telinga bagi peminat bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

Untuk rekod, Slam dijadualkan akan mengadakan konsert di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 3 Februari depan sementara tiket dijual bermula pada harga RM108 hingga RM588 menerusi ilassotickets.com.my.— Arena Muzik

Previous Post

Ernie Zakri tidak teragak-agak tarik diri sertai SFMM38

Next Post

Siti Nurhaliza menang 2 anugerah di The Knights Award 2023

Next Post

Siti Nurhaliza menang 2 anugerah di The Knights Award 2023

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.