Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza menang 2 anugerah di The Knights Award 2023

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 15, 2023
in Berita
0
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44, membawa pulang dua trofi iaitu The Golden Voice Of The East (Anugerah Suara Emas Timur) dan The Trending Lifestyle Cosmetic Brand Of The Year (Anugerah Jenama Kosmetik Gaya Hidup Sohor Kini) bagi produk kosmetik jenamanya, Simplysiti di Anugerah The Knights yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya, kemenangan tersebut bukanlah kerana dirinya seorang, tetapi berkat usaha, sokongan individu sekeliling dan rezeki Allah SWT.

“Penutup Tahun 2023 yang sangat istimewa . Terima kasih kepada The Knights Award terutama sekali kerana mengiktiraf produk saya, Simplysiti The Trending Lifestyle Cosmetic Brand Of The Year serta saya pula The Golden Voice Of The East.

Baca juga: Syukur kesihatan makin stabil, Zamani teruja kongsi pentas dengan UK’s

Baca juga: Ernie Zakri tidak teragak-agak tarik diri sertai SFMM38

“Kemenangan saya tidak kerana diri saya seorang, tetapi dengan izin Allah SWT serta sokongan orang sekeliling saya. Tahniah juga kepada semua penerima anugerah malam tadi,” ujarnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Selain itu, pelantun lagu Cindai itu turut memberitahu, keterujaannya berpeluang berjumpa dengan penyanyi veteran, Datuk David Arumugam di acara tersebut.

Malah, Siti juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pada malam itu. — Arena Muzik

Previous Post

Syukur kesihatan makin stabil, Zamani teruja kongsi pentas dengan UK’s

Next Post

Trauma sejarah lama berulang kembali punca Ziana Zain pilih ‘darah daging’ sendiri

Next Post

Trauma sejarah lama berulang kembali punca Ziana Zain pilih 'darah daging' sendiri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.