Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ernie Zakri tidak teragak-agak tarik diri sertai SFMM38

Arena Muzik by Arena Muzik
December 15, 2023
in Berita
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi, Ernie Zakri mengakui dirinya bersama tiga lagi komposer dan penulis lirik lagu Astana iaitu Omar K, Shazriq Azeman dan Syamel tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) yang mula berlangsung pada Jumaat.

Ernie berkata, sebagai komposer dan penyanyi lagu terbabit, dia tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment memaklumkan penggantian penyanyi, Nadeera yang akan menyampaikan lagu berkenaan di SFMM38.

“Saya mendapat perkhabaran lagu ini dicalonkan di SFMM38 dan lagu ini juga mendapat penyanyi gantian menggantikan saya sebagai penyanyi asal lagu Astana.

“Ini adalah di luar pengetahuan saya sebagai penyanyi asal dan komposer. Saya tidak mendapat sebarang maklumat atau surat rasmi daripada mereka.

“Jika perkara ini berterusan saya dan tiga komposer lain berhak tarik diri daripada menyertai SFMM38,” katanya pada Khamis memetik Malaysia Bangkit.

Baca juga: Rhoma Irama cadang dangdut dapat pengiktirafan UNESCO

Baca juga: Bukan lagi penyanyi saduran, Adrianna Cinta kini sudah ada lagu sendiri

Sebelum ini, nama Nadeera disebut sebagai pengganti Ernie untuk menyanyikan lagu Astana mencetuskan pertikaian dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu perkongsian menjelaskan keputusan terbabit dicapai atas persetujuan Ernie yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu terbabit.

Tidak berhenti di situ, Ernie tampil menafikan dakwaan yang dikeluarkan bekas syarikat rakamannya itu.

Ernie yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music berkata, apa yang menjadi halangan untuk mempersembahkan lagu itu disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Media Prima Berhad (MPB). — Arena Muzik

Previous Post

Radio Era kekal stesen No. 1

Next Post

Syukur kesihatan makin stabil, Zamani teruja kongsi pentas dengan UK’s

Next Post
Foto: Akhbar Zayn

Syukur kesihatan makin stabil, Zamani teruja kongsi pentas dengan UK's

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.