Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

The Killers pamer gaya retro dalam Spirit

Arena Muzik by Arena Muzik
December 13, 2023
in Rencana
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

REBEL Diamonds menjadi pilihan bagi nama album baharu kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, The Killers. Album yang dilancarkan minggu lalu itu dianggap sebagai karya terbaik bagi kumpulan berkenaan sekali gus memperkenalkan salah satu single terikini mereka bertajuk, Spirit.

Sejak ditubuhkan pada 2001, The Killers banyak menghasilkan variasi lagu yang sesuai untuk menjadi ‘hidangan’ halwa telinga pendengar. Antaranya Mr. Brightside (2004), Somebody Told Me (2004), When You Were Young (2006), Jenny Was A Friend of Mine (2004) dan Human (2008).

Setiap hasil nukilan mereka mempunyai makna dan rahsia di sebalik kata dan melodi yang sentiasa menjadi peneman setia peminat-peminat mereka. Disebabkan itu, terbaharu, The Killers menampilkan kelainan dengan menyunting elemen disko 1990-an dalam lagu baharu mereka, Spirit.

Dengan sedikit gaya retro, lagu Spirit boleh dikatakan seperti satu eksperimen pemuzik masa kini yang kembali menggunakan resepi ‘orang lama’ bagi mewujudkan cita rasa malar segar.

The Killers sentiasa berusaha menyesuaikan diri mereka dengan perkembangan muzik mengikut peredaran masa.

Menurut vokalis utama band berkenaan, Brandon Flower, sebanyak 20 buah lagu dimuatkan dalam album tersebut merupakan simbolik kepada usia mereka bergelumang dalam dunia seni yang kini mencecah 20 tahun.

“Sejujurnya kami sangat teruja dengan kehadiran album ini. Satu hal yang tidak disangka-sangka apabila kami sudah 20 tahun berada dalam industri.

“Disebabkan itu, 20 lagu dalam album ini menjadi ikonik kepada tempoh penglibatan kami,” katanya memetik media antarabangsa, Consequence Sound.

Baca juga: AG7 jadi tanda kemunculan semula Ariana Grande

Baca juga: Muzik orkestra hidupkan luahan galau Afgan

Spirit merupakan tajuk lagu baharu The Killers dalam album Rebel Diamonds.

Sebagai kumpulan yang memperjuangkan muzik rock alternatif, The Killers sering tampil dengan idea baharu agar tidak hanya menghiburkan peminat sedia ada, tetapi turut dapat menarik kumpulan bahaaru untuk jatuh cinta dengan mereka.

Sementelah umum mengetahui, perkembangan muzik masa kini yang berdepan dengan pelbagai cabarang teknologi membuatkan mereka perlu kreatif bagi menyesuaikan diri dengan perubahan.

Tidak dinafikan, mereka yang sudah dua dasawarsa, namun The Killers tidak boleh terlalu berada pada kedudukan selesa memandangkan kemunculan bintang baharu setiap tahun sentiasa ada seperti cendawan selepas hujan.

Disebabkan itu, The Killers berusaha untuk mempamerkan keupayaan nyanyian versatil untuk kekal dalam landskap muzik alternatif yang sentiasa berkembang pada masa kini.

Selain itu, The Killers juga sedang membuat persiapan sempena album Rebel Diamonds menerusi siri jelajah United Kingdom pada tahun hadapan. — Arena Muzik

Previous Post

Album sulung jadi taruhan Amir Masdi ‘terbang tinggi’

Next Post

Bukan lagi penyanyi saduran, Adrianna Cinta kini sudah ada lagu sendiri

Next Post

Bukan lagi penyanyi saduran, Adrianna Cinta kini sudah ada lagu sendiri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.