Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Album sulung jadi taruhan Amir Masdi ‘terbang tinggi’

Arena Muzik by Arena Muzik
December 13, 2023
in Rencana
0
41
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH enam tahun bergelumang dalam dunia seni, Amir Masdi akhirnya dapat tersenyum puas apabila berhasil melancarkan album sulung bertajuk Amir Masdi.

Tidak hanya ‘borak kosong’, Amir sempat turun padang dengan mengadakan jelajah wadah (siri showcase) bagi mempromosikan album tersebut di Tropical KLUP, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Siri jelajah promosi album sulung Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 27, bagaikan langkah kanan buat dirinya sementelah sudah lama berkecimpung dalam industri muzik.

Dalam pada melancarkan album baharunya itu, Amir turut mendendangkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Kelunakan suara penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu lantas mendapat sorakan dan pujian hadirin yang hadir. Kemeriahan dapat dirasakan menular di setiap genap ruang sebaik sahaja Amir melontarkan suara.

Mendendangkan lagu Pemilik Cinta sebagai single sulung sekali gus menjadi pembuka selera buat persembahan pada showcase tersebut.

Pada masa sama, lagu berkenaan turut disifatkan terlalu peribadi dan memiliki makna tersendiri selain mendapat tempat istimewa di hatinya.

Baca juga: Green Day singkap kisah kesihatan mental dalam Dilemma

Baca juga: Seminggu lepas pembedan di kepala, Ibnor Rizal masih belum sedarkan diri

“Ini adalah salah satu impian Amir untuk melancarkan album pertama ini. Amir juga ingin kongsikan sesuatu yang bermakna pada Amir, sebab itu saya memilih nama sendiri sebagai nama album,” ujarnya kepada Arena Muzik.

Amir menyifatkan album sulungnya itu memiliki ciri istimewa sekali gus menamakannya sebagai Amir Masdi.

Riak keterujaan dapat dilihat jelas terpancar di wajah peminat yang hadir, dan itu menjadi ‘kayu bakar’ semangat pelantun lagu Puas itu untuk terus berkarya kerana persembahan nyanyian yang disampaikan oleh Amir cukup bertenaga dan memiliki keunikan tersendiri.

Demi mempamerkan kesungguhan, Amir mendapatkan khidmat pemuzik hebat tempatan antaranya Hang Nadim, Bunga Cantik dan Iqie Hugh. Lebih mengujakan apabila sentuhan magis daripada tokoh muzik tersohor tanah air, Edry Abdul Halim dalam menghasilkan lagu bertajuk Berhenti Mencinta.

Mengandungi 12 buah lagu, Amir turu terlibat dalam menghasilkan lagu sendiri antaranya Menyesal, Aura Kejora dan Memori Bersama.

Album Amir Masdi boleh didengari pada bila-bila masa melalui platform digital seperti Spotify, Youtube Music, Apple Music dan Deezer.

Bakat besar yang dimiliki Amir telah terbukti apabila dia pernah melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali iaitu pada AJL 35 (2021) dengan lagu Kau Sakiti dan AJL 37 dengan kolaborasi bersama Dayang Nurfaizah lagu Debu awal tahun ini. — Arena Muzik

Tags: amir masdi
Previous Post

AG7 jadi tanda kemunculan semula Ariana Grande

Next Post

The Killers pamer gaya retro dalam Spirit

Next Post

The Killers pamer gaya retro dalam Spirit

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.