Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

AG7 jadi tanda kemunculan semula Ariana Grande

Arena Muzik by Arena Muzik
December 12, 2023
in Berita
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ARIANA Grande penyanyi terkenal Amerika Syarikat membuatkan peminatnya kembali teruja dan heboh dengan album baharu dipercayai bertajuk AG7 tidak lama lagi.

Merujuk kepada akaun Instagram Grande, dia menunjukkan beberapa gambar dan pembuatan lagunya sekali gus membuatkan beberapa penyanyi terkenal anatara Victoria Monet, Selena Gomez, Billie Eilish dan SZA sangat teruja akan kemunculan bintang kelahiran Florida, Amerika Syarikat.

“Ini memang hebat,” komen SZA dan bukan itu sahaja malah Eilish juga sempat meninggalkan respon positif di ruang komen gambar milik penyanyi berumur 30 tahun itu.

Tahun ini juga pelantun lagu No Tears Left To Cry itu menjalinkan kerjasama dengan The Weeknd dan membuat versi remix lagu Die For You sehingga membuatkan single tersebut tersenarai dalam carta Billboard Hot 100.

Baca juga: Incubus kembali mendunia 27 April depan

Baca juga: Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza, guna duit kemenangan untuk masa depan anak

Lagu asal yang terakhir oleh Grande ialah Just Look Up memperlihatkan dirinya bergandingan dengan Kid Cudi dan single itu menjadi runut bunyi filem, Don’t Look Up tayangan aplikasi penstriman, Netflix yang dikeluarkan pada Disember 2021.

Grande yang membuat debut muziknya dengan album Yours Truly pada 2013, diikuti dengan album My Everything (2014), Dangerous Woman (2016), Sweetener (2018), diikuti juga dengan lagu Thank u Next (2019) dan akhir sekali album Positions (2020), telah membuktikan bahawa Grande ialah seorang penyanyi yang berkebolehan.

Berkebolehan menyanyi dengan nada yang tinggi, kelebihan itu membuatkan Grande melayakkan dirinya memenangi dua anugerah Grammy iaitu Sweetener: Album Pop Vokal Terbaik (2019) dan Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik (2021) bersama Lady Gaga untuk lagu Rain on Me.

Melihat kepada kejayaan yang diperolehi, memang tidak dinafikan bahawa penyanyi yang bertubuh kecil ini mampu memberikan sesuatu yang luar biasa melalui lunak suara dan lagunya sekali gus ‘meladakkan’ keterujaan peminat yang setia menunggu lagu baru sebagai kemunculan semula. — Arena Muzik

Tags: ARIANA GrandeDie For YouNo Tears Left To Cry
Previous Post

Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di ZeppKL 26 Januari depan

Next Post

Album sulung jadi taruhan Amir Masdi ‘terbang tinggi’

Next Post

Album sulung jadi taruhan Amir Masdi 'terbang tinggi'

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.