Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza, guna duit kemenangan untuk masa depan anak

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
December 11, 2023
in Berita
0
17
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Jaclyn Victor diangkat sebagai Juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang diadakan secara langsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Pelantun lagu Gemilang itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 dan trofi bersama pakej percuti ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej percutian di Hotel Royal Chulan Hotel London (Royal Chulan Hotels & Resorts) serta baucer dekorasi ruangan (Ritz Reka). 

“Syukur kepada Tuhan kerana kemenangan ini. Hadiah yang saya terima akan saya simpan untuk kegunaan anak-anak.

“Memandangkan kerjaya ini pendapatannya tidak menentu, jadi saya perlu buat persediaan untuk masa depan mereka,” katanya pada sidang media All Stars Gegar Vaganza usai selesai konsert.

Baca juga: Syaiful dan Sharif Zero juara FD3

Baca juga: Ungu ‘belanja’ peminat 30 lagu popular dalam satu konsert

Kemenangan Jaclyn itu secara tidak langsung memecah tradisi program televisyen popular berkenaan apabila hanya mengumumkan pemenang tempat pertama sahaja.

Jaclyn menyanyikan lagu bertajuk When You Believe untuk persembahan solo berjaya mencuri hati juri sekali gus melayakkan dirinya untuk berada di posisi teratas dan mengetepi tujuh peserta lain. 

Jaclyn berjaya memperoleh markah sebanyak 80.10 peratus pada konsert akhir All Stars Gegar Vaganza. – Foto: Aiman Haikal

Bagi persembahan duet lagu Sandarkan Pada Kenangan bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah mempersembahkan memperlihatkan kehebatan vokalnya dan keserasian dengan bintang jemputan. 

Sementara itu, buat julung kali kesemua peserta akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Pemenang bagi Anugerah Bos Susu pula dimenangi oleh Naqiu sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000.

Berdasarkan persembahan, Jaclyn berjaya mencatat markah 80.10 peratus, Hardy Mirza (75.74 peratus), Nikki Palikat (73.18 peratus), Liza Hanim (72.34 peratus), Naqiu (72.18 peratus), Tomok (71.46 peratus), Azharina (69.64 peratus) manakala Siti Nordiana (61.14 peratus).

Dianggarkan lebih 10,000 penonton menyaksikan pertandingan nyanyian popular itu yang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bersama juri jemputan, Ella. 

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta Astro Ria HD. — Arena Muzik

Tags: all stars gegar vaganzafinal gvjaclyn victor
Previous Post

Seminggu lepas pembedan di kepala, Ibnor Rizal masih belum sedarkan diri

Next Post

Incubus kembali mendunia 27 April depan

Next Post

Incubus kembali mendunia 27 April depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.