Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Incubus kembali mendunia 27 April depan

Arena Muzik by Arena Muzik
December 11, 2023
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock terkenal dunia, Incubus tentu sahaja tidak sabar untuk menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi di atas pentas sempena konsert jelajah, Asia Tour 2024.

Bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 27 April, kumpulan yang mula bertapak dalam industri seni muzik sejak 1990-an itu lagi akan mempamerkan kemampuan mereka dalam mendendangkan lagu hasil asimilasi metal, funk dan hip hop.

Selaku penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, mengakui Incubus memiliki kumpulan peminatnya tersendiri sekali gus tetap mendapat tempat di hati peminat.

“Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman dan meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi konsert mereka.

Baca juga: Exist band pertama bekerjasama dengan orkestra DBKL

Baca juga: Letto teruja rai ulang tahun dua dekad dengan peminat

“Permintaan peminat untuk mengharapkan mereka ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemunculan Incubus nanti secara tidak langsung mengubat kerinduan peminat apabila kali terakhir mereka membuat persembahan di Malaysia pada 2018.

Antara lagu terkenal kumpulan tersebut ialah Drive, Wish You Were Here dan Pardon Me.

Tiket konsert Incubus Asia Tour 2024 dibahagikan kepada tiga zon iaitu CAT1 (VIP Seating, RM299), CAT 2 (Normal Seating,RM249) dan Rockzone (Free Standing,RM249) di www.hitmanlive.com. — Arena Muzik

Tags: incubuskonsertMEGA STAR ARENA
Previous Post

Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza, guna duit kemenangan untuk masa depan anak

Next Post

Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di ZeppKL 26 Januari depan

Next Post

Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di ZeppKL 26 Januari depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.