Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Green Day singkap kisah kesihatan mental dalam Dilemma

Arena Muzik by Arena Muzik
December 10, 2023
in Berita
0
16
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MENDENGARKAN tajuk lagu sahaja sudah cukup untuk memberi impak yang besar kepada peminat kumpulan Green Day. Lagu bertajuk, Dilemma antara karya baharu kumpulan terbabit yang tersenarai dalam album mereka iaitu Saviors.

Kumpulan rock Amerika yang ditubuhkan sejak 1987 ini mempunyai peminat mereka tersendiri dan sehingga sekarang masih mendapat sokongan yang luar biasa apabila video muzik Dilemma berjaya mencatat lebih 300 ribu tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada Khamis.

Bukan itu sahaja, lagu tersebut memberi kesan mendalam dan makna tersendiri yang dihasilkan khusus buat peminat mereka. Setiap bait kata lagu, menyimpan 1001 makna tersendiri yang menjelaskan betapa besar impak kesihatan mental kepada mereka yang mengalami tekanan perasaan.

Lagu tersebut menceritakan tentang gelora perasaan yang perlu ditempuhi oleh mereka saat berdepan dengan situasi begitu. Luah rasa dan emosi disampaikan dengan alunan muzik rock punk yang memang sudah sebati dengan mereka.

Baca juga: Transformasi Indah Ruhaila menerusi Indah

Baca juga: The Beatles: Empat lelaki yang menakluk dunia

Perkara yang menarik tentang lagu ini, memetik laporan Ourculture, Dilemma ialah lagu yang mudah untuk dihasilkan serta ianya begitu istimewa buat Billie Joe Armstrong iaitu penyanyi utama Green Day.

“Kami telah saksikan bagaimana masyarakat mengharungi masalah sakit mental yang membawa kepada ketagihan. Maka, lagu ini dihasilkan berdasarkan mereka yang melalui pengalaman tersebut,” ujar penyanyi utama berusia 51 tahun itu.

Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh masyarakat ini menjadi beban buat mereka, dan tiada tempat sebagai luahan, maka Joe Amrstrong menghasilkan lagu yang boleh menjadi ‘ruang’ selesa sebagai suara luahan mereka.

Sedikit sebanyak lagu ini memberikan satu lembaran baru bagi pendengar setia mereka untuk kekal menyokong kumpulan Green Day pada masa yang akan datang. — Arena Muzik

Tags: DilemmaGreen Day
Previous Post

My House jadi ‘hadiah’ Beyonce kepada peminat

Next Post

Seminggu lepas pembedan di kepala, Ibnor Rizal masih belum sedarkan diri

Next Post

Seminggu lepas pembedan di kepala, Ibnor Rizal masih belum sedarkan diri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.