Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Yasin Sulaiman terima ‘tetamu istimewa’ di Hospital Bahagia Ulu Kinta

Arena Muzik by Arena Muzik
December 4, 2023
in Berita
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim meluangkan masa menziarahi penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman ketika melakukan lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak.

Katanya, pihak hospital turut memberinya peluang untuk melawat Yasin Sulaiman dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan di hospital penjagaan mental yang tertua dan terbesar di Malaysia itu.

“Saya turut diberi peluang untuk bertemu mata dan bertanya khabar dengan saudara Yasin Sulaiman dan beberapa pesakit lain yang menjalani rawatan di HBUK.

“Saya membuat lawatan ke HBUK diapit Dr Ahmad Qabil, Timbalan Pengarah Perubatan HBUK dan Dr Ian Lloyd Anthony, Pakar Perunding Forensik Psikiatri HBUK untuk memberi makluman berkenaan keadaan semasa HBUK kepada YAB Ahli Parlimen Tambun,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad menurut laporan Malaysia Bangkit.

Terdahulu, Yasin Sulaiman yang juga merupakan seorang komposer dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga pertuduhan dadah.

Meskipun dilepas dan dibebaskan, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin Sulaiman ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pembelaan menutup kes mereka selepas satu-satunya saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangannya. — Arena Muzik

Previous Post

Lah Ahmad kongsi kisah cinta romantis dalam Alhumaira

Next Post

Syaiful dan Sharif Zero juara FD3

Next Post

Syaiful dan Sharif Zero juara FD3

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.