Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

All I Want For Christmas Is You kuasai carta Bilboard Hot 100

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
December 1, 2023
in Rencana
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN perayaan Krismas menjadi acara wajib pada setiap kali memasuki bulan Disember.

Kemeriahannya turut dapat dirasakan apabila lagu All I Want For Christmas Is You nyanyian Mariah Carey dilihat mula mendominasi carta Billboard Hot 100 sejak November.

Saban tahun, lagu nyanyian Carey sentiasa mendapat perhatian sejak dilancarkan pada 1994.

Lagu yang dihasilkan sendiri oleh pelantun berusia 54 tahun itu bersama komposer, Walter Afanasieff dimuatkan dalam album studio Krismas pertama bertajuk, Merry Christmas.  

Lagu All I Want For Christmas Is You berjaya mendapat tempat di hati peminat meskipun sudah hampir tiga dekad.

Mencipta sejarah tersendiri, lagu tersebut sentiasa mendominasi carta selama lima minggu sejak 2011 selain menjadi antara single Krismas yang paling diminati apabila menjelang sambutan perayaan.

Meskipun berdepan dengan saingan antara lagu baharu nyanyian penyanyi popular seperti Mistletoe oleh Justin Bieber; Little Drummer Boy, Mary Did You Know? (Pentatonix) dan Santa Tell Me (Ariana Grande), namun Carey memiliki kekuatannya tersendiri.

Baca juga: Ungu penuhi permintaan peminat di Sabah

Baca juga: Persembahan Exists versi orkestra rai 32 tahun dalam industri

Perkara itu terbukti apabila lagu terbabit tersenarai dalam Rakaman Kebangsaan Perpustaan Kongres pada April 2023.

Lagu berkenaan juga berjaya mencatat kejayaan dengan memiliki tiga Rekod Dunia Guinness dalam kategori Lagu Krismas Tertinggi Billboard Hot 100 untuk artis solo, Lagu Paling Banyak Penstriman di Spotify (Wanita) dalam tempoh 24 jam dan Lagu Krismas Paling Lama Dalam Carta United Kingdom (UK).

Sedikit fakta menarik mengenai lagu tersebut, memetik laporan People, Carey awalnya tidak berniat untuk menghasilkan lagu terbabit.

Setelah diyakinkan, Carey akhirnya bersetuju untuk menyanyikannya, namun tidak menyangka lagu berkenaan akan menjadi hits sehingga ke hari ini.

Lagu All I Want For Christmas Is You akan mendominasi carta Billboard Hot 100 setiap kali menjelang Krismas.

Kemudian, Carey merakam semula lagu terbabit pada 2019 sempena meraikan ulang tahun ke-25 All I Want For Christmas Is You termasuk rakaman muzik video.

Menarik dalam muzik video tersebut, Carey menampilkan dua cahaya mata kembarnya, Moroccan Scott Cannon dan Monroe Cannon yang ketika itu berusia 8 tahun.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi, tidak dinafikan sekiranya lagu berkenaan mampu bertahan lebih lama dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Selain memiliki tarikan tersendiri, lagu tersebut juga mempunyai nilai nostalgia yang tentu sahaja merakam 1001 kenangan dalam kotak memori pendengar. – Arena Muzik

Previous Post

Ungu ‘belanja’ peminat 30 lagu popular dalam satu konsert

Next Post

Bakal jadi ‘isteri orang’ BCL tidak lagi guna nama Sinclair

Next Post

Bakal jadi ‘isteri orang’ BCL tidak lagi guna nama Sinclair

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.