Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Tidak mahu bangga dengan pujian, Alif Satar segan dapat ‘sokongan’ Fadzilah Kamsah

Arena Muzik by Arena Muzik
November 30, 2023
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan pelakon Alif Satar enggan menangguk di air keruh berhubung komen pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata, secara peribadi dia kurang berasa selesa apabila namanya dikaitkan atas kisah kesengsaraan orang lain.

“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” katanya yang ditemui pada sidang media A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito, lapor Harian Metro pada Selasa.

Baca juga: Nasib Yasin Sulaiman diketahui esok

Baca juga: 2 kali gagal dalam perkahwinan, Nash ingin wanita menua bersama

Alif akui dia ada terima mesej daripada peminat mengenai hal itu juga tapi tidak terkesan. Bagaimanapun, dia tetap mengambilnya sebagai pedoman dan peringatan buat dirinya.

“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?

“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Fadzilah menerusi sebuah hantaran memuji penyanyi Lelaki Seperti Aku itu memiliki keperibadian yang baginya cukup disanjunginya.

Kebetulan, isu pempengaruh Alif Teega yang berkahwin dua kala ini sedang hangat diperbualkan.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” kata pakar motivasi popular itu.

Dalam pada itu, konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito dianjurkan Mutiara Optimum Sdn Bhd dan MND Sport & Event Sdn Bhd. Ia bakal berlangsung 7 Januari tahun depan di Zepp Kuala Lumpur. – Arena Muzik

Tags: alif satarfadzilah kamsahgeng alif
Previous Post

Konsert Datuk shake di ZeppKL tunda

Next Post

Ungu ‘belanja’ peminat 30 lagu popular dalam satu konsert

Next Post

Ungu ‘belanja’ peminat 30 lagu popular dalam satu konsert

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.