Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

“Situasi saya dan pengurus lama agak complicated…”, Nadeera lantik pengurus baharu

Arena Muzik by Arena Muzik
November 25, 2023
in Berita
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang sedang meningkat naik, Nadeera melantik seorang pengurus baharu sekali gus meminta mana-mana pihak yang ingin berurusannya menghubungi nombor telefon yang dikongsikan di Instagram.

Kata Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 30, buat masa kini kerjayanya masih diuruskan oleh pengurus lama, namun sebarang aktiviti melibatkan kerjaya, mereka boleh berhubung terus dengan pengurus baharu, Acap.

Baca juga: “Terima kasih kerana beri kebenaran untuk buat persembahan di negara cantik ini…” Coldplay ucap terima kasih pada kerajaan

Baca juga: Kuasa cinta Anuar Zain

“Situasi saya dan pengurus lama agak complicated (rumit). Saya masih lagi diuruskan pengurus sama cuma jika ada apa-apa urusan membabitkan karier boleh saja hubungi nombor yang tertera dalam Instagram.

“Pemilik nombor tersebut ialah Acap iaitu pengurus baharu saya,” katanya pada Khamis.

Demikian kenyataan penyanyi Nadeera mengenai statusnya bersama pengurus yang mengendalikan kerjaya seninya sebelum ini, Zizi Hadid.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya mengenai hubungan Nadeera bersama pengurus Zizi yang sebelum ini pernah menguruskan kerjaya, Aina Abdul.

Nadeera juga dikatakan pernah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa melakukan jenayah pecah amanah.

Bagaimanapun menerusi kenyataan rasmi, Nadeera menafikan semua tuduhan yang disebarkan, sekali gus mempertahankan Zizi daripada sebarang tuduhan tidak berasas. – Kosmo!

Tags: Nadeera zainipengurus lamaZizi Hadid.
Previous Post

Ceritera ‘kasih sayang’ Hafiz Suip dalam Terus Bersinar

Next Post

2 kali gagal dalam perkahwinan, Nash ingin wanita menua bersama

Next Post

2 kali gagal dalam perkahwinan, Nash ingin wanita menua bersama

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.