Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

“Jangan salah guna nama perjuangan Palestin…” – Tian Chua komen desakan batal konsep Coldplay jejas gerakan solidariti

Arena Muzik by Arena Muzik
November 21, 2023
in Berita
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN muzik terkemuka dari United Kingdom (UK), Coldplay mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong Palestin dan menentang pencerobohan Israel.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, kumpulan yang ditubuhkan pada pertengahan era 1990-an itu telah dikutuk media pro-Israel kerana pernah menampilkan lagu Freedom For Palestine sehingga digelar ‘Jihad Palestin’.

Menurutnya, kumpulan Coldplay menyebarkan mesej progresif dalam muzik menerusi ciptaan lagu yang mempromosikan kedamaian di Timur Tengah seperti Everyday Life in Jordan, Guns, Arabeques dan sebagainya.

“Gesaan untuk membatalkan konsert Coldplay dengan mendakwa sokongan kepada Palestin adalah tiada sebarang manfaat. Ia hanya akan menjejaskan gerakan solidariti global untuk memperjuangkan pembebasan Palestin.

“Jangan menyalahgunakan nama perjuangan Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Baca juga: Rose Blackpink bercakap soal kesihatan mental dengan Wan Azizah di APEC 2023

Baca juga: Persembahan Exists versi orkestra rai 32 tahun dalam industri

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 22 November ini menerima kritikan hebat apabila ramai pihak menggesa untuk membatalkannya serta-merta.

Menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM), penganjuran konsert berkenaan seolah-olah tidak sensitif terhadap keadaan yang berlaku di Palestin ketika ini dan berupaya mengheret rakyat Malaysia terutamanya anak muda untuk hilang rasa empati dengan jenayah kemanusiaan.

Tambah Tian Chang, setiap orang memiliki hak untuk menyampaikan sokongan kepada Palestin dengan cara sendiri, termasuk kumpulan itu dan peminatnya.

“Sekiranya kamu mempunyai bantahan terhadap segala bentuk muzik dan seni, maka pendirian dinyatakan secara terbuka bahawa kamu menentang semua konsert, pertunjukan muzik serta ekspresi artistik.

“Kempen solidariti juga perlu tertumpu kepada kumpulan penyokong keganasan Israel dan sasaran memboikot iaitu perusahaan yang memihak kepada kezaliman terhadap rakyat Palestin,” ujarnya. – Arena Muzik

Tags: PALESTINTian Chua
Previous Post

M.Nasir terus buktikan kehebatan di Konsert Gendang Pati

Next Post

Ungu penuhi permintaan peminat di Sabah

Next Post

Ungu penuhi permintaan peminat di Sabah

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.