Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Nabila Razali sah milik ahli perniagaan

Arena Muzik by Arena Muzik
November 20, 2023
in Berita
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, Nabila Razali selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi pada Sabtu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden itu, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada sebelah petang di tempat sama. – Arena Muzik

Tags: ahli perniagaankahwinnabila razali
Previous Post

Nora Ariffin dibenarkan pulang selepas 3 hari terima rawatan

Next Post

Rose Blackpink bercakap soal kesihatan mental dengan Wan Azizah di APEC 2023

Next Post

Rose Blackpink bercakap soal kesihatan mental dengan Wan Azizah di APEC 2023

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.