Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Radja harap penderitaan rakyat Palestin segera berakhir

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 18, 2023
in Rencana
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEMBAHAN kumpulan Radja dan Ratu Rock Negara, Ella boleh dikatakan seperti gabungan antara negara, Malaysia-Indonesia yang memberikan impak dan pengaruh muzik luar biasa kepada penonton.

Dianggarkan lebih 5,000 penonton hadir memenuhi Mega Star Arena KL @ Sg Wang Plaza demi menyaksikan sendiri konsert Live In Concert Radja (Special Apprearance Ella) bermula pukul 8 malam.

Konsert anjuran Orange International Entertainment itu memperlihatkan lebih 16 buah lagu dipersembahkan dan antaranya, Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta dan Ga Ada Waktu.

Bukan sekadar hiburan semata-mata, konsert itu juga memperlihatkan sumbangan RM5,000 kepada tabung sumbangan Palestin.

Bukan sekadar menghiburkan, tetapi Radja turut memberikan sumbangan kepada tabung prihatin Palestin.

Kata vokalis Radja, Ian Kasela, sumbangan tersebut menjadi simbolik prihatin kepada nasib rakyat Gaza yang kini berdepan dengan kesukaran dan penderitaan.

“Terima kasih semuanya… Anda sangat menakjubkan, Kuala Lumpur. Tetapi di sebalik keriuhan kita, jangan lupa beri doa kepada saudara kita di Palestin. Mudah-mudahan masalah dan insiden yang terjadi di sana cepat selesai.

“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja, serta buat Ella kerana sudi bersama-sama kami di pentas.

Ella menyanyikan lagu Jujur dan Ta’Kan Melupakanmu.

“Ini adalah fasa baharu buat Radja kembali ke Malaysia dengan maklum balas yang sungguh luar biasa dari peminat. Terasa detik intimasi sepanjang konsert berlangsung,” katanya.

Seterusnya, jeritan dan sorakan peminat ‘memuncak’ apabila Ella membuat kemunculan di pentas. Biarpun sudah lebih tiga dekad dalam industri, penyanyi Ella tetap menjadi pilihan dan pujaan peminat sehingga ke hari ini.

Sebaik sahaja melangkah ke atas pentas, Ella mempersembahkan beberapa buah lagu popular bertajuk Jujur dan Ta’Kan Melupakanmu sebelum menutup acara. – Arena Muzik

Tags: konsertMEGA STAR ARENAradja
Previous Post

Universal Music Malaysia yakin UMG bersifat natural dan mahu keamanan

Next Post

Netizen puji, Adele menyanyi sambil pegang bendera Palestin

Next Post

Netizen puji, Adele menyanyi sambil pegang bendera Palestin

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.