Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Universal Music Malaysia yakin UMG bersifat natural dan mahu keamanan

Arena Muzik by Arena Muzik
November 17, 2023
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT rakaman Universal Music Malaysia percaya kenyataan dikeluarkan oleh Universal Music Group (UMG) berhubung konflik Israel-Palestin bersifat natural dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak.

Pengarah A&R dan Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng menjelaskan pihaknya yakin kenyataan tersebut disalah erti sehingga ia dilihat seolah-oleh memberi sokongan terhadap sebelah pihak.

“Kalau mengikut kenyataan Universal Music Group, ia tidak menyokong mana-mana negara tapi lebih memilih untuk peperangan dapat dielakkan, natural sahaja.

“Apa yang penting kita perlukan keamanan dan kami juga tidak menyukai peperangan,” katanya.

Pada masa sama, Hermond meluahkan rasa syukur apabila artis-artis di bawah naungan di Malaysia tidak diboikot susulan kenyataan dikeluarkan UMG.

Kata Hermond, setiap orang berhak untuk mencari rezeki dalam apa jua cara.

“Bagi saya tak payah (boikot) kerana setiap orang mencari rezeki sendiri, kenapa nak boikot?

“Saya syukur artis di bawah naungan Universal Music Malaysia tidak diboikot oleh peminat-peminat mereka,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian UMG di laman sosial mengundang kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut apabila syarikat itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkan serangan tentera Hamas terhadap Israel. – Mstar

Previous Post

Tiba masanya Noah untuk ‘berlabuh’ selepas dua dekad

Next Post

Radja harap penderitaan rakyat Palestin segera berakhir

Next Post

Radja harap penderitaan rakyat Palestin segera berakhir

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.