Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Arena Muzik by Arena Muzik
November 16, 2023
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi genre ketuhanan, Suhaimi Saad disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita duka mengenai bekan anggota In-Team itu dikongsikan oleh rakan artis, Hazamin di Instagram.

“Sahabat kami, Suhaimi Saad telah kembali ke Penciptanya jam 7.40 malam tadi. Mohon semua mendoakan almarhum dan sedekahkan bacaan Al- Fatihah.

“Semoga Allah mengampuninya dan mengumpulkan rohnya bersama para solihin,” tulisnya pada kapsyen.

Sebelum ini, media melaporkan Suhaimi terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dikatakan mengalami jangkitan hingga mengakibatkan kegagalan organ dalaman disebabkan batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.

Allahyarham juga difahamkan sudah dimasukan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. – Arena Muzik

Previous Post

‘Lautan putih’ penuhi Zepp KL rai Opick & Sakti

Next Post

Hukuman pembunuh Along Spoon dipinda ke penjara 33 tahun

Next Post

Hukuman pembunuh Along Spoon dipinda ke penjara 33 tahun

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.