Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

‘Lautan putih’ penuhi Zepp KL rai Opick & Sakti

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 16, 2023
in Rencana
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Tombo Ati Ridho Ilahi yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 11 November lalu berjaya memukau ribuan penonton yang hadir.

Dibawakan oleh Al Kauthar Eduqids, konsert anjuran Icon Entertainment dengan bertemakan rona putih itu membawakan persembahan berbentuk kerohanian.

“Icon Entertainment sebenarnya cukup bertuah kerana Sakti bersetuju tampil di atas pentas di Malaysia sekali gus melakar sejarah istimewa kepada peminat.

“Sakti turut membuat persembahan dengan petikan gitar dalam konsert yang sarat dengan mesej positif dan sokongan solidariti kepada rakyat Palestin,” katanya.

Opick mempersembahan 10 buah lagu dalam konsert tersebut.

Persembahan membuka tirai pada 8.30 malam dengan memperlihatkan paduan suara barisan penyanyi terkenal tanah air.

Kumpulan UNIC menjadi penghibur perdana pada konsert itu dengan untaian lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, Lafaz Yang Tersimpan, Ainul Mardiah dan Purnama, bergandingan dengan Zizi Kirana.

Kemudian pentas Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti diteruskan dengan Zizi Kirana, Amir Masdi, Adi Priyo, Fazura dan Yabang.

Seterusnya, tibalah masa untuk ‘tuan rumah’, Sakti mendominasi pentas dengan petikan gitar dan menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Cahaya Terang, Bertasbih, Buat Aku Tersenyum, Dunia (Sephia) dan Selawat Nabi.

Sakti menyanyikan semula lagu Sephia yang lirik serta tajuknya ditukarkan kepada Dunia.

‘Kasih sayang’ Opick

Kemunculan yang paling dinantikan muncul di atas pentas sekitar pukul 11.11 malam. Meskipun jam menghampiri tengah malam, tetapi penonton yang hadir tetap bersemangat dan terus memberikan sokongan.

Sebaik sahaja mengambil alih pentas, tanpa lengah Opick terus mempersembahkan lagu Assalamualaikum (Rumput Bertasbih), selawat, Ya Maulana, Rapuh, Di Bawah Langit dan Bila Waktu Tlah Memanggil.

Disusuli pula dengan Palestine Calling You, Dealova, Tomboati dan Alhamdulillah.

Konsert yang mengetengahkan elemen Islamik itu diakhiri dengan doa dan harapan agar rakyat Palestin merdeka dan bebas daripada jajahan regim zionis yang tidak henti-henti melancarkan serangan. – Arena Muzik

Tags: OPICKSAKTIZEPPKL
Previous Post

Asimilasi dangdut, reggaeton dalam Gagal Cinta

Next Post

Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Next Post

Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.