PENYANYI yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema, Datuk Nora Ariffin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kajang, Selangor.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Noraafiza Ariffin, 50, mendapat rawatan di hospital swasta itu akibat mengelami sesak nafas pada Ahad lalu.
”Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua,” katanya.
Dalam pada itu, rakan artis, Datuk Aishah turut berkongsikan khabar tersebut di Instagram pada Isnin. – Awani