Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Nafi Pentagon berkubur, Hongseok rasmi tinggalkan Cube Entertainment 

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

HONGSEOK menjadi ahli keenam kumpulan Pentagon meninggalkan syarikat pengurusan mereka, Cube Entertainment selepas Yeo One, Yan Ah, Yuto, Kino dan Wooseok yang terlebih dahulu ‘angkat kaki’ pada Oktober lalu. 

Perkara tersebut turut disahkan oleh jurucakap Cube Entertainment yang pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana memberi sokongan. 

“Terima kasih kepada segala usaha peminat selama ini. Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna.

“Diharapkan peminat akan sentiasa berada di belakang Hongseok kerana dia merupakan seorang artis yang berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah,” katanya. 

Meskipun kesemua mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan, tetapi mereka mengesahkan akan tetap meneruskan kerjaya sebagai sebuah kumpulan. 

Keputusan itu secara tidak langsung menafikan khabar angin yang mengayakan kumpulan terbabit akan dibubarkan. 

Sementara itu, Cube Entertainment turut mengumumkan pengunduran ahli kumpulan BTOB selepas 11 tahun bersama syarikat terbabit sejak 2012. – Agensi

Tags: HONGSEOKKPOPPENTAGON
Previous Post

Dulu ‘raja funfair’, sekarang XPDC pegang takhta ‘raja karnival’

Next Post

Tia Jinbara meninggal dunia

Next Post

Tia Jinbara meninggal dunia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.