Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

1989 (Taylor’s Version) catat kejayaan album debut paling laris

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 7, 2023
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEHEBATAN penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift tidak mampu disangkal apabila album rakaman semula 1989 (Taylor’s Version) 2023 menjadi album terlaris di Amerika Syarikat (AS) kurang dari tempoh masa satu minggu.

Album tersebut juga berjaya mengungguli carta Billboard 200 sekali gus berjaya tersenarai sebagai lagu penstriman paling tinggi. Malah album berkenaan juga terjual sebanyak 1.6 juta unik di AS sementara 3.5 juta di seluruh dunia.

Pencapaian tersebut membuatkan Swift sebagai artis pertama yang mendapat enam debut album nombor 1 dengan lebih 1 juta unit terjual dalam sejarah.

Album 1989 (Taylor’s Version) berjaya mencatat jualan lebih tinggi berbanding album asal yang diterbitkan pada 2014.

Dalam pada itu, album tersebut turut mencatat kejayaan tersendiri apabila jualan 1989 (Taylor’s Version) melepasi jualan album 1989 minggu pertama pada 2014. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan album Swift itu mencatat debut yang lebih tinggi daripada album asal.

Kejayaan itu membuktikan Swift memiliki kekuatan dan sokongan daripada peminat apabila album 1989 (Taylor’s Version) yang dirakam semula daripada album asal di samping Fearless (Taylor’s Version), Red (Taylor’s Version) dan Speak Now (Taylor’s Version).

Swift terpaksa mengambil tindakan untuk merakam semula album tersebut selepas kehilangan hak ekoran bekas pengurusnya Scooter Braun berjaya memperoleh hak cipta dan menafikan hak Swift. – Arena Muzik

Tags: 1989 (Taylor's Version)taylor swift
Previous Post

Rizky Febian memukau 4,000 penonton

Next Post

Dulu ‘raja funfair’, sekarang XPDC pegang takhta ‘raja karnival’

Next Post

Dulu 'raja funfair', sekarang XPDC pegang takhta ‘raja karnival’

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.