Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Letto teruja rai ulang tahun dua dekad dengan peminat

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN penyanyi popular asal Indonesia, Letto kembali merancakkan industri hiburan tanah air apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert pada 12 Januari tahun hadapan.

Sempena membuka lembaran baharu, Letto mengharapkan konsert tersebut bukan sahaja dapat mengubat kerinduan peminat tempatan, bahkan berpotensi untuk menarik minat ‘pemuja’ Letto dari generasi berbeza, sementelah kumpulan itu sendiri sudah lebih dua dekad dalam industri.  

Menawarkan kelainan, konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur (ZepKL) itu akan dipersembahkan dengan iringan pemuzik gamelan.

Jelas salah seorang ahlinya, Patub atau Agus Riyono, Letto merupakan salah satu kumpulan seni yang sangat meminati irama tradisional itu.

“Kami memang meminati genre muzik itu (gamelan). Jadi secara tidak langsung ia akan menjadi salah satu tarikan kepada konsert ini nanti.

“Membuatkan ia lebih menarik apabila konsert kali ini adalah untuk meraikan ulang tahun ke-20 Letto,” ujarnya.

Letto akan mengadakan di ZeppKL pada 12 Januari tahun hadapan.

Sementara itu, vokalis Letto, Noe, mengakui hasrat mereka untuk mengadakan persembahan di Malaysia seperti orang mengantuk disorong bantal.

“Lamaran daripada penganjur umpama mimpi di siang hari buat Letto. Melihat ramai teman lain (artis Indonesia) ke Malaysia untuk membuat persembahan setelah pandemik Covid-19 kembali pulih.

“Tentu sahaja ini akan menjadi momen yang manis merayakan karier kami Bersama peminat di Malaysia yang juga banyak menyokong Letto selama kami menceburi bidang seni,” jelasnya.

Tiket konsert yang dibawakan oleh Qew Communication Sdn Bhd (Qew Comm) boleh didapati di www.ticket2u.com.my bermula pada harga RM150, RM159, RM179, RM249, RM299 dan RM4,000.

Antara lagu popular Letto ialah Ruang Rindu, Permintaan Hati, Senyumanmu, Sebelum Cahaya, Kepada Hati Itu, Sandaran Hati dan Sebenarnya Cinta.

Tags: #ZeppKLkonsertletto
Previous Post

Impian Cakra Khan jadi kenyataan

Next Post

Atilia luah rasa dalam Cinta Sampai Mati

Next Post

Atilia luah rasa dalam Cinta Sampai Mati

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.