Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Impian Cakra Khan jadi kenyataan

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan mengakui tidak sabar untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 17 Februari tahun depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain menjadi bulan raikan cinta, pemilihan tarikh konsert itu juga berkait rapat dengan ulang tahun kelahirannya pada 27 Februari.

Biarpun mengadakan konsert di lokasi sama buat kali kedua, Cakra atau nama lengkapnya, Cakra Konta Paryaman, bagaimanapun tidak sabar untuk mengadakan persembahan tersebut.

Ini kerana konsert keduanya itu akan diiringi secara orkestra yang dipimpin oleh gurunya sendiri, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Datuk Ramli MS.

“Saya memang selalu menginginkan untuk membuat persembahan sambal diiringi dengan kumpulan orkestra.

Konsert kedua Cakra Khan di Malaysia yang akan berlangsung pada 17 Februari depan.

“Dahulu, sebelum saya mempunyai konsert sendiri, saya memang berhalusinasi (angan-angan) untuk berdiri di pentas orkestra siap saya bertanya kepada pengurus adakah persembahan saya boleh dilakukan dalam bentuk orkestra.

“Entah mengapa, saya berasa lagu akan lebih hidup dan lebih indah apabila dibawakan dalam orkestra penuh,” katanya kepada Arena Muzik ketika ditemui pada majlis Sidang Media Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 pada Selasa.

Dalam konsert Cakra bukan sahaja bakal mendendangkan untaian lagu popularnya, malah dia juga akan memperdengarkan beberapa lagu daripada album terbaharu buat pertama kali kepada peminat.

Tentu sahaja perkara itu menjadi satu tarikan dan buat peminat untuk mendengarkan lagu daripada artis kesayangan mereka buat pertama kali.

Bahkan, bukan itu sahaja, tetapi Cakra turut menjanjikan sesuatu yang luar biasa akan berlaku pada konsert tersebut.  

“Semestinya ada sesuatu yang menarik untuk konsert kali ini, kebetulan saya baru mengeluarkan lagu terbaru. Jadi saya akan menyanyikannya untuk peminat pada konsert itu nanti.

“Saya turut berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia yang lain dalam persembahan dan untuk konsert kedua ini, saya akan cuba untuk memberikan persembahan sebaik mungkin berbanding sebelum ini,” ujarnya yang turut meminati beberapa penyanyi tempatan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Aina Abdul, Annuar Zain dan Misha Omar

Cakra bagaimanapun tidak mendedahkan identiti selebiriti penyanyi yang bakal bergandingan dengannya dalam konsert itu kerana ingin menjadikannya sebagai satu kejutan buat penonton nanti.

Tags: cakra khanDewan Plenary
Previous Post

PM bantu penyanyi veteran

Next Post

Letto teruja rai ulang tahun dua dekad dengan peminat

Next Post

Letto teruja rai ulang tahun dua dekad dengan peminat

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.