Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Puteri Kota Ella mendunia

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Rencana
0
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular yang terkenal dengan gelaran Ratu Rock, Ella tampil mempesona dalam satu persembahan memukau di hadapan hampir 14,000 penonton.

Acara yang berlangsung di Spice Arena, Pulau Pinang pada Sabtu lalu itu menjadi persembahan ikonik beliau sementelah konsert tersebut turut meraikan 35 tahun Ella bergelar anak seni.

Dalam konsert tersebut, boleh dikatakan hampir setiap genap ruang arena dipenuhi dengan penonton yang  teruja menyaksikan persembahan Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

Bukan sekadar berhibur, bahkan Ella turut membawa semangat solidariti Palestin dengan mengenakan busana serba putih bersama bendera Palestin.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban selain kini yang sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana,” katanya.

Sebelum konsert bermula, persembahan montaj memaparkan 35 tahun penglibatan Ella dipaparkan di skrin besar ditayangkan dengan diiringi muzik Ulek Mayang.

Ella bersama suami, Kapten Azhar menyanyikan dua lagu pada konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.

Persembahan pembukaan dimulakan dengan nyanyian lagu Risau sekali gus menggamit memori penonton di samping sorakan gemuruh.

Kemudian, Ella meneruskan persembahan dengan lagu Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip dan Anak Patung.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak dua minggu lalu, saya agak risau jika konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu dan sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya,” ujarnya.

Tentu sahaja semangat penonton seperti ‘dibakar’ terutama ketika Ella mendendangkan lagu ‘berhantu’ antaranya, Retak, Penggemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Layar Impian.

Secara keseluruhan, Ella mempersembahkan hampir 40 buah lagu yang tentu sahaja membuatkan penonton ‘menggila’, berteriak dan menyanyikan bersama.

Ella menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan hampir 40 buah lagu.

Penampilan istimewa anak saudaranya, Kaka Azraff turut hadir membuat persembahan bersama dengan menyanyikan lagu Bawaku Pergi.

Dalam pada itu, Korie iaitu adik Ella turut membuat kemunculan istimewa dan menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Selain ahli keluarga, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersamanya melalui lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Kejutan yang paling ditunggu-tunggu apabila kemunculan khas Datuk Awie di atas pentas bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru.

Tidak berakhir di situ, Awie turut mempersembahkan lagu popularnya, Penjara Misteri.

Untuk rekod, konsert tersebut dibawakan oleh Hitman Solutions dengan kerjasama yarikat pengurusan Ella, RockQueen.

Previous Post

Imaji cerminan idealis Aina Abdul

Next Post

Kuasa cinta Anuar Zain

Next Post

Kuasa cinta Anuar Zain

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.