Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Imaji cerminan idealis Aina Abdul

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI berbakat besar dan bersuara lunak, Aina Abdul tampil dengan album sulung bertajuk Imaji.

Selain mengetengahkan irama balada yang sememangnya sinonim dengan Aina, album tersebut turut menampilkan kelainan sekali gus menjadi medan buat bintang berusia 30 tahun itu melakukan eksperimen.

Genre yang lebih rancak seperti pop dan alternatif indie ‘diperkenalkan’ kepada halwa telinga pendengar bagi mewujudkan variasi muzik.

Imaji yang membawa maksud kesan khayalan sehingga mampu membuatkan individu turut sama merasa perasaan yang digambarkan terutama melibatkan penulisan puisi.

Disebabkan itu, pemilihan judul Imaji diangkat sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menterjemahkan seribu satu rasa lagu dalam album tersebut.

Album Imaji Aina Abdul yang memiliki 14 buah lagu.

“Alhamdulillah, syukur akhirnya saya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki sebuah album penuh yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup sendiri.

“Setiap lagu yang dihasilkan adalah intepretasi saya terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai, dihargai dan sebagainya

“Penerbitan album ini juga disifatkan sebagai sebuah kepuasan peribadi yang cukup manis buat saya, malah ia juga sebagai tanda penghargaan dan buah tangan kepada peminat setia yang sudah lama menanti kemunculan album sulung saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, album tersebut turut dijadikan ‘buku cerita’ kepada kisah perjalanan hidupnya sepanjang sembilan tahun berjuang dalam industri muzik.

“Secara peribadi, saya telah meletakkan piawaian yang tinggi untuk album ini kerana amat menitikberatkan soal mutu, kualiti muzik, bunyi dan gubahan dalam setiap karya ciptaan saya.

“Saya terlibat dalam setiap aspek pembikinan album ini demi memastikan produk akhir betul-betul berkualiti dan kena dengan cita rasa saya.

Semoga album ini dapat membantu untuk mengukuhkan lagi posisi saya sebagai komposer dan penyanyi dalam industri muzik sekali gus menjadi pencetus kepada lebih banyak karya seni di masa akan datang, Insya-Allah,” katanya optimis.

Pelbagai rangka promosi akan dijalankan untuk memantikan Imaji berjaya menambat hati peminat termasuk mengeluarkannya secara fizikal.

Album yang mengandungi 14 buah lagu itu diterbitkan oleh Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd.

Judul lagu dalam album tersebut ialah Satu Rasa, Jangan Mati Rasa Itu, Kamu, Puas Sudah, Sesal, Kejam dan Bilang.

Selain itu, Bukan Untukmu, Sedia Terluka, Ini Bukan Cinta, Lost, Penat Jiwa dan Kunci.

Tags: AINA ABDULALBUMIMAJI
Previous Post

Konsert ulang tahun ke-33, Damasutra ‘jampi’ peminat dengan Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Next Post

Puteri Kota Ella mendunia

Next Post

Puteri Kota Ella mendunia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.