Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Hrithik Roshan bakal tawan hati peminat 1 Disember depan

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT setia perfileman Bollywood, Hrithik Roshan berpeluang bertemu empat mata dengan penghibur terkenal itu sempena Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live merupakan acara terbesar 2023 memperlihatkan figura popular itu mempamerkan aksi tarian yang memukau.

Sementara itu, maestro tarian pula dikendalikan oleh Prabhu Deva manakala Prabhudeva pula menggalas tanggungjawab sebagai koreagrafi di samping penampilan aktres jelita, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

Dalam pada itu, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh juga akan turut hadir menghiburkan penonton yang hadir.

Selaku penganjur, Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan, berkata, konsert tersebut akan menjadi momen indah buat peminat Bollywood yang menantikan persembahan daripada bintang terkenal.

“Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik

yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

“Peminat setia Hrithik jangan lupa untuk mendapatkan tiket konsert segera,” ujarnya yang turut mengharapkan bukan sahaja warga tempatan, malah penonton luar negara juga dapat hadir sama.

Tiket konsert dijual pada berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh layari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/.

Konsert tersebut turut dibawa kerjasama antara Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Tags: BollywoodHrithik RoshanKonsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live.
Previous Post

Eriza serlah gemeresik emosi dalam Demi Kasih

Next Post

Konsert ulang tahun ke-33, Damasutra ‘jampi’ peminat dengan Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Next Post

Konsert ulang tahun ke-33, Damasutra ‘jampi’ peminat dengan Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.