Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Hackney Diamonds, The Rolling Stones ungguli carta teratas UK

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Album studio ke-26, kumpulan rock legenda terkenal British, The Rolling Stones dengan judul Hackney Diamonds berjaya mencatat kejayaan apabila mengungguli carta teratas album paling laris dalam Billboard United Kingdom (UK).

Mencatat jualan sebanyak 55,000 unit dalam tempoh masa seminggu, album kumpulan yang dianggotai oleh Mick Jagger, Keith Richards dan Ronnie Wood itu hanya berada satu kedudukan di hadapan kumpulan, Beatles.

Berada di tempat ke-14, uniknya album tersebut ialah material lagu tersebut merupakan idea asal yang disimpan sejak 18 tahun lalu.

Dilancarkan pada 20 Oktober lalu, album tersebut memiliki 10 buah lagu. Antaranya bertajuk Angry, Get Close, Depending On You, Bite My Head Off, dan Dreamy Skies.

Album Hackney Diamonds

Album tersebut mendapat reaksi positif daripada pengkritik muzik yang berpendapat sentuhan magis kumpulan rock ‘otai’ itu masih relevan dan bersesuai dengan selesa masa kini.

Biarpun tidak dirancakkan dengan kehadian pemain drum, Charlie Watts, namun ritma kumpulan itu tetap kedengaran luar biasa.

Album Hackney Diamonds dibuka dengan lagu Angry iaitu pencetus semangat dan aura muzik Rock & Roll retro yang tidak lapuk dek zaman.

Tentu sahaja pendengar akan menggerakkan badan sambal mengikut rentak muzik tanpa henti.

Selain dapat dijadikan sebagai pengubat rindu peminat, malah penggemar industri juga tentu akan ‘jatuh cinta’ dengan album Hackney Diamonds disebabkan sentuhan muzik yang memicu adrenalin.

Untuk rekod, kali terakhir The Rolling Stones menerbitkan album studio sekitar 2016 menerusi album Blues Blue & Lonesome.

Tags: THE ROLLING STONES
Previous Post

Xiumin, Bobby gegar 9WAVE Music Festival

Next Post

6 bulan ‘pecah otak’, Yuna terharu Yunaverse dapat sambutan luar biasa

Next Post

6 bulan ‘pecah otak’, Yuna terharu Yunaverse dapat sambutan luar biasa

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.