Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Andra & The Backbone Bakal ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’

Gadis Gitar by Gadis Gitar
October 11, 2023
in Berita
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin hanya sebahagian peminat muzik di Malaysia yang menyedari akan kewujudan band Andra & The Backbone apatah lagi menyimpan hasil karyaan yang juga merupakan ‘pendukung’ Dewa 19.

Namun jika anda adalah kelompok Baladewa dan Baladewi (panggilan untuk peminat Dewa 19), sudah pasti nama Andra sudah biasa terungkap di bibir. Walaupun muzik Andra & The Backbone sedikit berat berbanding Dewa 19, band ini ada persamaan terutama dari segi lirik cinta puitis.

Vokal Dedy yang ‘husky’ juga dilihat sesuai dengan gubahan muzik Andra & The Backbone. Dalam erti kata lain, gabungan idea Andra, Dedy dan Stevie yang juga anggota band death metal Deadsquad memberi pelbagai warna dalam band ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur. Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’. Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19. Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.
Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .

Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”, “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.
Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.
Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia

Tags: #Anda#KL#LiveinKL#TheBackbone
Previous Post

PECAH TRADISI, YUNA ASIA TOUR BERTEMU PENGGEMAR DI BORNEO 27 OKT INI

Next Post

Ulangtahun ke 30 Tahun ‘Forever In Time’ Sarat Suka Duka

Next Post

Ulangtahun ke 30 Tahun ‘Forever In Time’ Sarat Suka Duka

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.