Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Menjenguk muzik Rock 80an menerusi Semangat Zaman

Gadis Gitar by Gadis Gitar
October 4, 2023
in Berita
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Semangat Zaman yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan muzik ‘rock kapak’ belum mati dan masih mendapat tempat di hati peminat.

Konsert Semangat Zaman menampilkan Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Muss, Rahmad, Joey BPR, Jatt dan Bandi telah dianjurkan oleh Semangat Zaman Music & Entertainment.

Konsert yang menghimpunkan otai-otai rock ini adalah bersempena merayakan ulangtahun ke 20 kelahiran album Semangat Zaman. Miniti hirarki album Semangat Zaman 1 yang diterbitkan pada 2004 dimana menampilkan Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Muss, Rahmad Mega, Rahim Maarof dan Joey BPR.

Semangat Zaman 2 pula diterbitkan pada 2004 kekal dengan penyanyi sama, namun menampilkan ahli baharu iaitu Allahyarham Shamrin Fotograf dan Jatt Black Dog Bone. Manakala untuk edisi ketiga Semangat Zaman tahun ini, tempat Rahim yang berdepan masalah kesihatan kini digantikan Bandi.

Pentas Zepp terlebih dahulu dibuka dengan band Aisunam yang berjaya menghangatkan suasana dengan 3 buah lagu yang dipetik daripada album mereka antaranya Manusia, Masuk Gear Jalan dan Bisikan.

Meskipun bertindak sebagai ‘opening’, Aisunam ternyata cukup bijak berinteraksi dengan khalayak apatah lagi dalam menghamburkan seleksi lagu-lagu yang cukup untuk memberi aura kepada konsert Semangat Zaman.

Pentas Semangat Zaman dibuka dengan lagu Anugerah Zaman yang dipetik menerusi album Semangat Zaman III yang turut menghimpunkan lapan vokalis lagenda rock. Lapan karekter dicipta menerusi era kegemilangan rock 80an dan 90an ternyata memberikan impak kepada peminat yang hadir apabila mereka mendendangkan 20 buah lagu yang cukup kuat nuansa ‘rock’nya sementelah mengimbau nostalgia peminat yang membesar dengan lagu-lagu seperti Dari Sinar Mata, Rumi dan Julie, Cintamu Mekar Di hati, Cinta Kristal,Tiada Lagi Aku, Bayangan Gurauan, Di Alam Fana Cinta dan sebagainya.

Meskipun artis bertukar ganti dengan lontaran lagu-lagu yang dipersembahkan, namun band pengiring yang diterajui oleh Alfa bersama Rumie, Eddie, Loco, Mijan, Nappie, Awe dan Nazrul cukup konsisten dengan ‘senjata perang’ masing-masing. 20 buah lagu di susun dan di beri ‘nyawa’ oleh mereka tanpa rasa penat.

Konsistensi, energi yang beriringan di antara pemuzik memberikan ‘warna’ serta semangat kepada 8 vokalis untuk terus berjuang sehingga ke noktah terakhir.

Lagu popular yang bergentayangan pastinya mengundang keterujaan peminat untuk sama-sama menyanyi, sekali gus mewujudkan ‘pentas karaoke’ terbuka yang meriah. Lapan legenda rock atas satu pentas dalam satu malam, pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan peminat.

Tags: #Konsertrock#Rock80an#RockKapak#ZeppKL
Previous Post

Nuansa baru, orkestra Malaysia iringi konsert Dewa 19

Next Post

Testament tinggalkan memori indah buat peminat metal diMalaysia

Next Post

Testament tinggalkan memori indah buat peminat metal diMalaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.