Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ternoktah : buah tangan terbaru Aisha Retno

Gadis Gitar by Gadis Gitar
September 26, 2023
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan komposer Aisha Retno hadir dengan single terbaru berjudul Ternoktah yang menceritakan kisah perasaan cinta yang sudah berakhir.

Lagu ini dihasilkan bersama penulis lirik Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat sejak November tahun lalu dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana AIshah menitik beratkan tentang mesej yang mahu disampaikan.

Menurut Aisha, keberanian beberapa komposer dan penyanyi antarabangsa seperti Taylor Swift dan Olivia Rodrigo menghasilkan lagu untuk bekas kekasih amat menginspirasikannya.

“Aisha sejujurnya sangat mengidolakan Olivia Rodrigo, Taylor Swift dari segi penulisan lagu mereka dan mereka sangat berani untuk menghasilkan lagu untuk bekas-bekas kekasih mereka.

“Kalau saya, saya masih lagi tidak berani untuk menyebut siapakah jejaka tersebut untuk lagi yang dihasilkan. “Saya memilih untuk berkias tapi saya tak nafikan lagu ‘Ternoktah’ ini ditujukan kepada jejaka yang pernah mempunyai kena mengena dengan kisah percintaan Aisha,” jelasnya.

Bernaung dibawah Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Syarikat gergasi dalam arena hiburan diperingkat global ini yakin, lagu “Ternoktah” amat relevan dengan peredaran dalam
pasaran muzik tempatan semasa dan ianya akan mudah diterima oleh para pendengar yang mengenali Aisha Retno dan juga para pendengar yang baru mengenali beliau.

Lagu ini juga akan dilancarkan bersama muzik video yang juga menampilkan bakat Aisha sebagai pelakon disamping pelakon pelakon lain yang menjayakan klip video ini.

Disamping lagu “Ternoktah”, Aishah juga dalam rangka menyiapkan beberapa lagu lain yang bakal dimuatkan dalam mini album yang akan dilancarkan dalam masa terdekat pada suatu tarikh yang akan
diumumkan.

Harapan Aisha sudah pastinya lagu “Ternoktah” ini mendapat sambutan dan diterima oleh para pendengar, malah dijadikan sumber inspirasi bagi jiwa – jiwa yang sedang asyik bercinta, yang sedang diduga gelora cinta dan juga yang kecewa dalam percintaan agar terus teguh, terus matang dan terus kehadapan kerana di sebalik kegelapan akan timbul sirna cahaya bahagia.

Lagu yang sangat istimewa ini akan secara rasminya dapat didengar oleh para peminat Aisha bermula pada 22 September 2023 menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

Previous Post

Miliki galeri seni impian Siti

Next Post

Khai Bahar dan Adira Suhaimi berkolaborasi dalam Pejam

Next Post

Khai Bahar dan Adira Suhaimi berkolaborasi dalam Pejam

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.