Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Lah Ahmad ajak peminat untuk hayati rasa cinta di Istana Budaya

Arena Muzik by Arena Muzik
September 21, 2023
in Berita
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT kumpulan Voices of Euphonious atau V.E, pastinya amat mengenali Lah Ahmad, apatah lagi penyanyi ini mempunyai alunan suara yang menarik.

Sebagai menghargai peminat, Lah Ahmad bakal menghiburkan peminat-peminatnya dalam sebuah konsert yang diberi tajuk “Jatuh Cinta” diambil bersempena dengan judul single Lah Ahmad sendiri.

Menghayati makna rasa kecintaan sesama manusia dan meraikan cinta antara insan dan tuhan, itulah mesej yang ingin disampaikan oleh Lah Ahmad menerusi konsert tersebut.

“Sejak dari dulu saya memang terikat dengan lagu-lagu cinta. Kalau nak ikutkan saya nak buat band rock, sementelah saya cukup menggemari lagu-lagu yang bernuansakan rock, grunge dan sebagainya.

“Malah saya pernah ada band rock namun bila bab nyanyi terus ‘out’,” ujarnya.

“Saya memang akan mencari satu tarikan sebagai pemacu untuk membuat kerja dan kerana itu memilih judul ‘Jatuh Cinta Live kat Istana Budaya.

“Tema Jatuh Cinta itu cukup luas difinasinya, bukan hanya cinta sesame manusia, makhluk tetapi cinta kepada ‘Sang Pencipta’, namun bagi konsert kali ini ianya lebih memfokuskan kepada album terbaru saya yang berjudul ‘Jatuh’”, ujar Lah Ahmad ketika ditemui di The Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

7 Oktober 2023, tarikh yang dipilih untuk konsert ini, Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd selaku penganjur utama konsert bertaraf mega ini yakin dapat mencapai sasaran jualan tiket seperti dirancang walaupun hanya berbaki kurang dari sebulan malah pihak pengurusan menyatakan, setakat hari ini, penjualan tiket telah mencapai hampir 70%, ini menunjukkan bahawa sambutan yang begitu menggalakkan dari peminat peminat Lah Ahmad.

“Konsert ini merupakan sikuel kepada konsert saya yang telah berlangsung Februari lepas, bezanya kali ini ianya di adakan di lokasi yang cukup berprestij iaitu Istana Budaya. 

“Saiz dan kapasiti penonton juga agak ramai berbanding lokasi sebelum ini,” katanya.

“Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama peminat yang membesar dengan lagu-lagu saya sejak dulu hingga kini. 

“Selain daripada itu saya juga akan menyampaikan lagu-lagu cover yang memang menjadi ‘siulan’ saya. 

“Sebelum ini saya tidak tahu dimanakah tempat untuk saya luahkan, tapi kini ianya akan dirialisasikan,” katanya.

Gabungan antara Lah Ahmad dan pemuzik dari Orkestra Simfoni Universiti Malaya sudah tentu memberikan suatu kelainan dalam persembahan dan ianya pasti menjadi satu persembahan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa sesuai dengan lokasi yang dipilih.

Konsert ini akan diarahkan oleh Dato’ Reduan Yusof sebagai Pengarah Projek manakala Muhammad Shahwalnaz Hussin yang merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya akan bertindak sebagai Pengarah Muzik.

Sempurna dan Terbaik, Adinda dan Kerna Sayang adalah antara 21 lagu yang akan didendangkan sepanjang 2 jam persembahan, Lah Ahmad juga ada menyatakan bahawa ada kejutan pada malam konsert tersebut, dimana beliau akan menjemput beberapa artis undangan, siapakah yang akan menjadi artis – artis undangan tersebut? Ianya akan diumumkan hanya pada malam persembahan itu.

Untuk rekod, sepanjang pembabitan Lah Ahmad di dalam industri, beliau telah menerbitkan 4 buah album di mana antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu.

Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di Istana Budaya ini juga mendapat kerjasama dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative Venture manakala Ideas Kuala Lumpur Hotel bertindak sebagai hotel rasmi, radio Sinar pula selaku radio rasmi bagi konsert ini dan menawarkan beberapa tiket percuma kepada pendengar bertuah.

Tiket – tiket telah mula dijual 25 Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta at Istana Budaya – iLasso Tickets.

Tags: istana budayakonserlah ahmadsang penciptave
Previous Post

Legasi Nusrat Fateh Ali Khan: Genius Muzik yang Merentasi Sempadan

Next Post

Fourthwnty kembali dengan Nalar Tour

Next Post

Fourthwnty kembali dengan Nalar Tour

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.