Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Bergabung dengan orkestra, impian jadi kenyataan buat Exists

Arena Muzik by Arena Muzik
September 21, 2023
in Berita
0
exists okestra

exists okestra

14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN Exists telah 32 tahun berada di persada muzik tanah air, namun hingga kini mereka terus diminati dan lagu-lagunya menjadi siulan.

Bukan hanya di negara ini, lagu-lagu Exists terus diminati peminat-peminat muzik di negara seberang hinggakan persembahan mereka mendapat sambutan hangat.

Peminat Exists pastinya teruja apabila kumpulan pujaan mereka ini sebuah konsert khas yang diberi tajuk “EXISTS X ORKESTRA”.

Penganjuran konsert istimewa ini membuktikan Exists antara kumpulan muzik terbaik di Malaysia yang bermula dari pentas kecil hingga ke tempat yang lebih besar dan gah.

“EXISTS X ORKESTRA” bakal mencipta satu kelainan dan nuansa segar buat para peminatnya dan sesungguhnya ia bakal menjadi suatu momen yang sangat indah yang tak mungkin akan dilepaskan oleh peminat mereka.

Anggota Exists mengakui konsert ini bakal menjadi suatu pengalaman peribadi yang indah untuk setiap dari mereka.

Malah mereka juga mengakui bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama.

Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

Tiket-tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.MyTicket.Asia . Tiket – tiket berharga  RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168.

Tags: ajaiexistmamatmyticketokestraorkestra
Previous Post

Selepas Singapura, konsert Gendang Patti ke Kuala Lumpur

Next Post

Gara-gara Taylor Swift, beberapa filem tangguhkan tayangan

Next Post

Gara-gara Taylor Swift, beberapa filem tangguhkan tayangan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.