Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ella dan Radja Bersatu di Mega Star Arena

Arena Muzik by Arena Muzik
September 20, 2023
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT demi konsert terus dianjurkan selepas penyanyi dan pemuzik terkurung di rumah masing-masing akibat pandemic COVID-19.
Paling mendapat sambutan adalah penganjuran konsert-konsert rock.


Terbaharu, Ratu Rock Malaysia, Ella akan bersama band rock dari Indonesia, Radja, dalam konsert Live In Concert: Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu) pada 12 November 2023 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.


Radja yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) berkongsi rasa teruja mereka.


“Rindu rasanya untuk bertemu kembali dengan peminat-peminat di Malaysia setelah sekian lamanya, dan ini bukan kali pertama Radja datang ke Malaysia kerana sudah pun tiba seawal tahun 2004 dan 2005 lagi, dan setiap kali mengadakan persembahan selalunya berjaya,” kongsi Ian.


Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan juga peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” jelas Moldy.


Bukan sahaja Radja, malah Ratu Rock Negara kita juga bakal beraksi di pentas yang sama.


“Ini merupakan idea yang sudah lama diutarakan bahawa kami ingin berkolaborasi dengan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella dalam sebuah pentas, dan pihak penganjur konsert iaitu Orange Entertainment International berjaya merealisasikannya.


“Dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini di samping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Seno.


Akhiri Ian: “Radja hanya mahu melepaskan rindu bersama peminat-peminat di Malaysia dan mari kita sama-sama ‘enjoy’ pada malam konsert nanti, jumpa anda di Kuala Lumpur!


Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my.

Tags: ellaradja
Previous Post

Ifan Seventeen, Anggi Marito & Alif Satar & The Locos Bakal Pahat Kenangan Terbaik Dalam Konsert Memori Terindah 2023

Next Post

Search bakal gegarkan Kuantan

Next Post
konsert search di kuantan

Search bakal gegarkan Kuantan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.